The Journey

WIN SOME, LOSE SOME

Si puaka

Jika ditanya saya apa pendapat saya mengenai penangkapan dua siswa um berkenaan dengan ‘perempuan puaka’ secara peribadi saya akan mengatakan saya gembira. Jika benar mereka yang lakukan, ia tindakan yang berani. Jika bukan sekalipun, ia memberi impak yang sama kepada ‘puaka’ tersebut. Yang penting si puaka tidak akan senang duduk lagi selepas ini. Puaka memang tidak boleh dibiarkan bermaharaja lela jika mahu dunia aman bukan=)… (masuk jaiLkah saya??)


Pelik dan hairan juga saya bila ramai pula yang membebel tak tentu hala dan menuding jari ke arah izuddin dan saifuddin malahan sahabat2 pimpinan pmium. Khususnya di kalangan senior. Mahkamah belum menentukan siapa yang bersalah, malahan penangkapan juga dibuat berdasarkan ‘assumption’. Bukti mana..? Tidak mustahil apa yang dilakukan juga adalah satu provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab. Secara peribadi saya merasakan tidak perlu dipersoalkan siapa yang bersalah. Antara sahabat dan provokasi murahan mana yang lebih patut dipercayai..? Well, tepuk dada tanya iman. Jika buntu dalam kecelaruan mencari kebenaran, mintalah Allah sebagai petunjuk jaLan. Itu perbezaan orang yang berjuang kerana Allah dan Rasul atau sekadar menangguk tapi tak faham-faham.Tidak perlu berbahas panjang.


Maaf jika ada yang tidak bersetuju tetapi ini sekadar pendapat peribadi. Seperti mana kematian Michael Jackson sehingga hari ini masih ramai yang mempersoalkan, Islamkah dia? Pendapat saya perkara yang berkaitan dengan kontroversi yang dipermainkan media tidak perlu dipercaya bulat-bulat. Banyak pertimbangan dan pandang sudut yang perlu diambil kira. Kuasai ilmu dan gunakan ia sebagai lampu penunjuk jalan. Apa lagi yang lebih berguna melainkan ilmu? Saya mendoakan rohnya mendapat keredhaan di sisi Tuhan jika benar dia telah Islam.


Ya Allah, Kau tetapkanlah hati kami dalam landasan kebenaran.

Sosialis vs Kapitalis


Semalam saya sempat bertemu dengan dua tokoh besar yang masing-masing mendakwa sebagai 'pendakwah' idealisme sosialis dan kapitalis di Malaysia. Saudara Khalid Jaafar dan Hishamuddin Rais. Ini kali pertama saya bersua muka dengan Khalid Jaafar dan kali kedua dengan Hishamuddin Rais. Harapnya ada lebih banyak ruang selepas ini.

Saya ke UKM, mengikuti seminar ekonomi alternatif yang dianjurkan oleh ASASI. Kali pertama mengikuti program seperti ini yang membincangkan mengenai masalah kegawatan ekonomi yang berlaku. Program ini agak menarik kerana mengutarakan sudut pandangan dari 3 pemegang idealisme besar dunia iaitu kapitalis, sosialis dan ISLAM (bukan idealogi tapi cara hidup).

Seminar tersebut menampilkan 5 kertas kerja berbeza, dimulakan dengan pengenalan sistem ekonomi dunia oleh wakil Hizbut Tahrir Malaysia. Pembentang turut mengedarkan kami proposal sistem ekonomi Islam HT. Kami bertiga (saya, kak ainum dan kak noni) mula teruja dengan sahabat jemaah yang berbeza pendekatan ini. Kami mula tertanya-tanya apakah ekonomi tidak termasuk dalam sistem pemerintahan negara kelak? Jadi mungkin pmi juga perlu berlari untuk mengejar kembali tonggak sebenar perjuangan. Gerakan yang hidup atas isu semasa tidak mungkin akan bertahan lama kerana isu datang dan pergi. Gerakan seharusnya kuat untuk bergerak atas idea perjuangan sendiri. Sayangnya masa agak terbatas kerana seminar dimulakan sejam lewat (sama saja macam program kat um, hmmm), jadi pembentang kertas kerja tidak sempat untuk berbual panjang mengenai sistem ekonomi Islam. Kami sempat menyalin sebuah filem SiCKO dari beliau.




Slot kedua diteruskan oleh Pak Khalid. Pada mulanya saya agak teruja tetapi syaitan mula bergayut-gayut di kelopak mata. Mungkin kerana isinya agak berterabur, menyebabkan saya tidak dapat fokus dengan baik malahan ideanya agak ekstrem menyebabkan otak saya agak lemah untuk menyerap maklumat. Tak hairan kerana Pak Khalid hanya dimaklumlan dua hari sebelum seminar, jadi beliau tidak begitu bersedia. Tetapi katanya, dia tidak akan melepaskan peluang dan ruang untuk menyampaikan 'dakwah' kapitalisme. Tajuk yang diberi (Kapitalisme memakmurkan rakyat?) juga tidak dapat dihurai dengan baik kerana beliau lebih fokus untuk menjernihkan pandangan mengenai sistem keuntungan yang ditunjangi oLeh ekonomi kapitalis. Tetapi apa yang menyebabkan mata saya celik kembali apabila beliau memberikan pandangan mengenai sistem ekonomi Islam. 'I am no impress, and nothing can impress me yet'... Ini teLah menampakkan real problem beliau.

Slot ketiga bermula selepas solat Zohor. Dimulakan dengan Prof Dr Nazari Ismail, pensyarah di Fakulti Akaun UM. Pembentangannya menarik kerana beliau menyatakan bahawa krisis ekonomi hari ini adalah krisis hutang, dan kerajaan mengambil langkah untuk menyelesaikannya dengan memberi lebih banyak peluang dan ruang untuk berhutang. Seperti seorang penagih dadah yang mengalami masalah ketagihan, cara merawatnya adalah dengan memberikannya lebih banyak dadah. Sedar atau tidak, sudah berapa banyak hutang anda hari ini? Mampu atau tidak untuk membayarnya? Dan sebenarnya hutang kerajaan Malaysia juga sudah menghampiri angka trillion. Hutang yang tidak mungkin mampu dibayar oleh generasi hari ini. Apa yang lebih menarik saya mengetahui bahawa 'terselamatnya' Malaysia hari ini dari krisis ini bukan disebabkan oleh faktor pemimpin kita yang cerdik (terutama Che det, kerana beliau hampir menyebabkan MaLaysia jahanam sebelum diselamatkan oleh krisis 1997) tetapi oleh 'foreign direct investment'...apa tue? Saya pun masih tak faham. Tetapi ia punya kaitan dengan sejarah penjajahan Tanah Melayu.

Slot keempat mungkin yang paling saya tidak tahu ke mana hala perbincangan yang dibawa. Pembentang, Prof Dr Ghafar Ismail (ukm) mungkin lebih memandang kami semua ini dari basic ekonomi. Cuma saya sempat menangkap mengenai Keynesian economics, tetapi harus difahamkan lagi. Bahasa ekonomi bukan level saya. Tajuknya menarik, respon muslim terhadap krisis ekonomi. Beliau ada mencadangkan beberapa modul ekonomi Islam. Cuma bagi saya, sistem ekonomi Islam tetap akan cacat sekiranya sistem pemerintahan keseluruhannya belum lagi Islam. Islam itu sempurna. Sukar jika separuh diambil dan separuh lagi diketepikan. Beliau juga meminta kami mengkaji kembali surah Yusof ayat 42-48.

Yang kelima paling menarik. Kelemahan-kelemahan kapitalisme oleh saudara Hisham Rais Usianya sudah lanjut tetapi beliau amat bertenaga petang semaLam. Beliau tetap teguh berdiri di belaKang sosialis. Graduan UM suatu masa dulu, antara tokoh yang kuat memperjuangkan isu mahasiswa. Demonstrasi Baling suatu masa dulu juga antara perjuangan beliau. Beliau menyamakan kapitalisme seperti Pak Man Telo di Petaling Street. Siapa ntah, tak sempat pLak nak bertanYa. Real problem beliau juga sama seperti Pak Khalid, pada pandangan beliau hanya ada dua sistem ekonomi di dunia iaitu sosialis dan kapitalis. Saya sedikit faham mengenai sosialis dan idea mereka kerana pernah membaca buku Animal Farm (George Orwell). Persoalan saya, apakah mereka merasakan perjuangan mereka ini akan memberi keadilan kepada semua? Ia adalah sebuah idealistik yang tidak punya paksi sandaran yang jelas. Manusia hari ini sudah tidak punya nilai moral yang tinggi melainkan mereka dikawal oleh agama. Seperti babi dalam animal farm, yang akhirnya tetap sama seperti puak kapitalis pada akhirnya. Manusia ini cepat saja menjadi pelupa, lebih-lebih lagi bila disogokkan dengan harta dan pangkat.

Apakah Real Problem mereka..?

Masalah akidah yang masih samar.

Akidah Islam hanya satu iaitu tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah. Tidak mungkin manusia yang berpegang teguh dengan akidah muslim akan mengatakan ada sistem lain yang lebih baik dari apa yang telah disyariatkan oleh Allah. Kerana itu daLam Islam, logik datang kemudian. Yang penting adalah landasan keimanan yang bertunjangkan keteguhan akidah. Lakukan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.



Seperti yang ust Hasrizal sering nyatakan, tidak ada guna berhujah dengan manusia yang di dalam hatinya sudah tidak punya rasa bertuhan. Kerana itu adalah masalah sebenar manusia pada hari ini yang dimanifestasikan melalui perbuatan mereka, percakapan mereka malahan pemikiran mereka. Pada pandangan saya, saya terpaksa bersetuju dengan ust bahawa tugas kita pada hari ini adalah mengembalikan semula manusia kepada fitrah asal iaitu perasaan perlu kepada Tuhan. Yang kadang-kadang saya sendiri juga semakin lupa...

p/s: Carilah makna mengapa KITA ISLAM??

Antara sebab mengapa Obama juga tidak boleh dipercayai

Tentera AS nafi guna kimia itu, tuduh Taliban bersalah

KABUL: Sekumpulan doktor menyuarakan kebimbangan terhadap kecederaan luar biasa penduduk kampung Afghanistan yang melecur teruk akibat pertempuran askar Amerika Syarikat dan Taliban menyebabkan kumpulan hak asasi negara itu menyiasat kemungkinan penggunaan kimia fosforus putih.

"Tentera Amerika Syarikat menafikan penggunaan bahan terbabit dalam pertempuran di wilayah Farah, tempat 125 hingga 130 penduduk awam terbunuh," kata Presiden Hamid Karzai.

Sebaliknya, Amerika menuduh pejuang Taliban menggunakan fosforus putih, sejenis bahan terbakar yang boleh menyebabkan melecur serius dan pendirian itu dikongsi pertubuhan Suruhanjaya Bebas Hak Asasi Manusia Afghanistan.

"Penyiasat kami berbual dengan mangsa. Mereka menyiasat puncanya dan penggunaan fosforus putih," kata pemimpin suruhanjaya berkenaan, Nader Nadery.

Perbuatan menggunakan fosforus putih untuk mewujudkan asap dibolehkan undang-undang antarabangsa, tetapi kumpulan hak asasi berkata penggunaan di kawasan padat penduduk boleh menyebabkan penduduk awam cedera menyebabkan jenayah perang berlaku.

Doktor Afghanistan memberitahu, sekurang-kurangnya 14 pesakit melecur teruk, bentuk kecederaan yang tidak pernah dilihat mereka sebelum ini. Penduduk kampung terbabit cedera dalam pertempuran semalam di wilayah Farah.

Penggunaan fosforus putih juga menjadi isu dalam konflik Gaza apabila tentera Israel dituduh menggunakannya.

Dakwaan bahawa fosforus putih atau bahan kimia lain digunakan mencetuskan kontroversi terhadap kerajaan Afghanistan yang menyifatkannya kes terburuk membabitkan penduduk awam sejak serangan Amerika pada 2001 menyingkirkan rejim Taliban.

Di Kabul, beratus-ratus penduduk berarak berhampiran Universiti Kabul memprotes tindakan tentera Amerika yang menyebabkan kematian orang awam itu.

Kejadian di Farah juga mencetuskan kritikan terhadap Karzai yang menggesa ditamatkan serangan udara.

Amerika Syarikat berkata, tentera mereka menahan penduduk kampung dengan harapan mereka akan mati dalam pe rtempuran, mencetuskan peningkatan jumlah kematian penduduk awam.


Bagaimanapun, Ahad lalu, penasihat keselamatan Presiden Barack Obama berkata, Amerika tidak akan menamatkan serangan udara.








Janji Allah untuk memusnahkan tipu daya dan perancangan orang-orang kafir


'Sesungguhnya mereka (kafir) merencana rancangan jahat dengan sungguh-sungguh. Dan Aku (Allah) juga merencana rancangan dengan bersungguh-sungguh. Maka orang-orang kafir diberi tangguh kepada mereka untuk seketika' [86; 15-17]


'Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik pembalas tipu daya' [8; 30]


Secara kesimpulannya umat Islam seluruh dunia harus sedar bahawa tidak akan ada manusia lain di dunia ini yang akan membela agama Allah melainkan manusia tersebut juga beragama ISLAM, mempunyai iltizam yang jelas dan semangat juang yang tinggi. Kewajipan membina dan menegakkan negara Islam adalah tanggungjawab semua umat Islam, bukan hanya sesetengah pihak.

Sekiranya persoalan mengapa Melayu masih mundur walau 50 tahun sudah merdeka ia kerana kita telah dipimpin oleh pemimpin yang tidak amanah. Pemimpin yang apabila diberi amanah memimpin tetapi memilih jalan untuk melaksanakan tugas kepimpinan bukan berlandaskan syiar Islam yang sebenar. Amanah kepimpinan di dalam Islam bukan sekadar memastikan kebajikan rakyat terbela, tetapi juga amanah untuk memastikan tertegak kalimah Allah, TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH. Amanah untuk memastikan manusia yang dipimpin di bawahnya melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan apa yang dilarang.




Selamat Hari Lahir Aidah~~! [ciLok sue punyer]

Buat si manis Siti Nooraidah Bidin a.k.a Aidah (406-506),

Selamat Hari Lahir yang ke-22 yang jatuh pada 4 mei setiap tahun..

Doa dipanjat kepada yang Maha Esa agar sahabat saya ini teguh dan tabah menempuh jalan-jalan yang penuh liku dalam kehidupannya..

igt lagi dulu semasa aidah 1st year , dia selalu mengadu rasa down dgn bidang yang diambilnya iaitu dentistry..tp skrg…wahh…bangga dengan ketabahannya sehingga mampu bertahan sehingga ke hari ini.Yep saya tau aidah, kamu boleh!! tak lama dah nak abes belaja.Nnt buleh dpt perkhidmatan istemewa tuk cabut gigi, tampal gigi (dan semua yang ade kene mngena ngn gigi lah) dgn Dr.Aidah.heeee :)


aidah

artis pujaan si aidah-selalu berangan punya mirip muka yang sama dgn horikita maki :)



photo-0027

Semoga menjadi doktor gigi yang berjasa kpd agama bangsa dan negara!

Jangan makan gula-gula/coklat banyak2 nnt gigi cepat rosak!


p/s: wish kita ngan SUE same so boleh la guna material yang sama~~! hehe...

Just share~~!




Unwritten acknowledgment ...

My acknowledgment was pretty short. I feel that I want to put everyone name there, including Tok Batin in Berembun. All those orang asli kids, the people in town. Just want to show how glad I am with this work. Its not a hard work, my housemates would admit it. How I still have my time to do blogging stuff, get stuck to fb and even went anywhere I want, but its something that I really want to do.

However, my special thank would be my best friend, Annur. Who accompanied me during the fasting month to do sampling, who lent me her laptop as mine had broken down, who always be patient with me even I always in my own world without thinking of others much.

Life is unpredictable. Its Allah's will. We can only make a plan and follow His rule. I have one more semester to go and as the whole batch (except one 'person'~~!) of ECOB will be graduated in the same time, I hope it would be a very enjoyable semester.

Last but not least, to my family. My mother, Puan Masitah Harun. I am missing you so much. Four month away from home, just not too long. For the past six years wandering in KL, my sense already arrived bored climax level! Hehe...



Fikirlah tentang anak

Saban hari pasti ada sahaja berita mengenai perceraian. Berdasarkan informasi Hal Ehwal Islam Malaysia, pada tahun 2007 sahaja sebanyak 20 529 kes perceraian dilaporkan (lihat sini). Saya tak dapat statistik tahun lalu tapi tidak mustahil angkanya jauh lebih tinggi.

Hari ini anak Rais Yatim. Tapi pasti sahaja ada yang lain, anak Pak Dolah, menantu Puan Khatijah atau cucu sekian2. Artis yang bercerai puLa bagai sudah menjadi trend terkini. Ada juga pasangan yang sudah menikah melebihi 20 tahun. Datuk K mungkin. Malah ada yang sanggup melafazkan cerai walhal isteri baru disahkan berbadan dua.

Saya sendiri menjadi takut, dan ada teman yang terlalu takut untuk berumah tangga. Ada yang sudah lama bercinta tetapi apabila diajukan bila mahu berkahwin, perkataan itu seolah-olahnya terlalu menakutkan. CreepY... Tunggulah, em...dan pelbagai lagi alasan.

Akibatnya ramai yang mengambil jalan tengah: menjalin hubungan tanpa ikatan yang sah.

Perkahwinan di dalam Islam mempunyai tujuan yang jelas; iaitu mendapatkan keredhaan Allah. Melalui ikatan yang sah dan suci inilah akan lahir benih-benih generasi baru Islam yang akan memakmurkan Bumi. Tetapi saya tidak berniat untuk berbicara mengenai tujuan perkahwinan tetapi apa akibatnya apabila terlalu banyak kes perceraian berlaku. Anak-anak semakin dibiarkan. Tidak mustahil mutakhir ini kes jenayah di kalangan remaja semakin meningkat.

Pernah di dalam Kelas Wanita di fakulti, ada peserta yang bertanya mengenai calon suami yang perlu dipilih. Awalnya saya agak sinis kerana bagi saya ia soal jodoh. Tetapi akhirnya dia mengakui bahawa dia punya teman lelaki yang tidak pernah bersolat. Walhal dia seakannya gadis yang sangat menurut tuntutan agama. Ini dilema hari ini. Soal tanggungjawab yang semakin diabaikan.

Inilah kesan yang berlaku kepada masyarakat apabila agama semakin jauh ditinggalkan.

Fikir-fikirkan bersama.


Saya perlukan bantuan

Jika sesiapa mempunyai modul-modul yang sesuai atau idea untuk 'critical thinking' slot dalam kem...jangan segan-segan untuk berkongsi dengan saya.


Saya butuh bantuan kaLian.


Sebarang perkongsian idea juga amat diharapkan.